Perkara yang boleh dijangkakan

Kajian ELEGANT menguji elacestrant untuk mengetahui sama ada ubat tersebut boleh membantu penghidap kanser payudara peringkat awal yang boleh berulang. Elacestrant akan dibandingkan dengan terapi endokrin yang biasa anda ambil untuk kanser payudara nodus-positif, ER-positif, HER2-negatif peringkat awal anda.

Kajian ELEGANT boleh berlanjutan hingga 8 tahun, termasuk:

  • Tempoh penyaringan selama 4 minggu: anda akan menjalani ujian di pusat kajian yang terdekat dengan anda untuk mengetahui sama ada anda boleh mengambil bahagian.
  • Tempoh rawatan kajian selama 5 tahun: jika layak, anda akan menerima ubat percubaan atau terapi endokrin dan melawat pusat kajian untuk menjalani ujian yang selanjutnya.
  • Susulan keselamatan: 4 minggu selepas dos terakhir rawatan kajian anda, anda akan kembali ke pusat kajian untuk ujian yang terakhir.
  • Susulan jangka panjang: pasukan kajian akan menghubungi anda setiap tahun selama kira-kira 5 tahun untuk memeriksa kesihatan anda.

Anda akan mempunyai peluang sebanyak 50% (1 dalam 2) untuk menerima ubat percubaan elacestrant dan peluang sebanyak 50% untuk terus mengambil terapi endokrin yang dianggap sebagai penjagaan standard. Anda tidak boleh membuat pilihan tetapi anda akan mengetahui tentang ubat yang anda terima.

Elacestrant dan terapi endokrin diberikan dalam bentuk tablet/pil, yang anda perlu ambil setiap hari selama 5 tahun.

Semasa tempoh rawatan kajian, anda akan melawat pusat kajian untuk menjalani ujian sebanyak kira-kira 12 kali sepanjang tempoh 5 tahun.

Apakah yang berlaku semasa lawatan kajian?

Semasa lawatan kajian, anda akan menjalani ujian untuk memeriksa kesihatan dan kesejahteraan anda. Ujian berikut akan dijalankan pada masa tertentu semasa kajian dijalankan:

Penilaian ketumpatan tulang akan dilakukan semasa penyaringan dan pada tahun 2 dan 4 kajian.

Darah anda akan dikumpulkan (melalui jarum yang dimasukkan ke dalam vena) untuk memeriksa kesihatan anda secara keseluruhan dan untuk mengetahui cara anda memberikan respons kepada rawatan kajian.

Denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan suhu badan anda akan diambil untuk mengukur fungsi asas badan anda.

Imbasan badan anda akan diambil untuk memeriksa keadaan anda.

Anda akan melengkapkan soal selidik tentang cara kanser payudara menjejaskan kehidupan anda dan keadaan anda selepas menerima rawatan kajian.

4,220

peserta

7.5-8

tahun

28

negara

500

pusat kajian