Dapatkah saya mengambil bahagian?
Terdapat banyak kriteria yang perlu dipenuhi jika anda ingin menyertai Kajian ELEGANT. Kriteria yang paling penting ialah:
- Berumur 18 tahun atau ke atas
- Didiagnosis menghidap kanser payudara peringkat awal yang boleh berulang
- Menerima terapi hormon selama sekurang-kurangnya 2 tahun selepas surgeri
Jika anda memenuhi kriteria ini, jalani saringan prakelayakan. Jika anda melepasi saringan prakelayakan, hubungi pusat kajian terdekat anda. Di pusat kajian, anda akan membincangkan kajian secara terperinci dan mengetahui sama ada anda boleh mengambil bahagian.
Apakah itu keizinan termaklum?
Sebelum sebarang ujian, anda mesti bersetuju dan menandatangani borang keizinan termaklum atau ICF. Dokumen ini menjelaskan kajian secara terperinci, termasuk kemungkinan risiko dan manfaat, serta hak dan tanggungjawab anda sebagai peserta kajian.
Adakah Kajian ELEGANT sesuai untuk saya?
Anda perlu berfikir masak-masak sebelum mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal. Sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil bahagian, pastikan anda memahami sebarang kemungkinan risiko yang terlibat. Tiada jaminan bahawa anda akan mendapat manfaat jika anda mengambil bahagian dalam kajian ini.
Pasukan kajian akan menjawab sebarang soalan yang anda ada untuk membantu anda membuat keputusan termaklum. Ingat bahawa kajian klinikal adalah secara sukarela. Anda bebas untuk meninggalkan kajian pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab, tanpa dikenakan penalti.
Pemeriksaan kesihatan yang tetap mungkin akan membantu untuk mendedahkan keadaan perubatan yang tidak didiagnosis.
Berminat?
Jalani saringan prakelayakanPautan berguna
Dengan memilih butang di bawah, anda mengakui bahawa anda akan meninggalkan laman web Kajian ELEGANT dan meneruskan ke laman web lain yang tidak dilindungi oleh dasar privasi laman web Kajian ELEGANT.
Teruskan ke laman web